Sunday, January 17, 2010

langgar guard

Polis bantuan maut dirempuh mahasiswa panik

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untuk melepaskan diri.

Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itu bagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universiti tersebut.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Malangnya, setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25, gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis menerima dua laporan berkaitan insiden kemalangan itu pada Khamis lalu iaitu daripada mahasiswa terbabit dan penyelia polis bantuan universiti tersebut.

Katanya, kemalangan membabitkan mahasiswa tahun dua dari Fakulti Teknologi Maklumat itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 pagi.

'Mengikut laporan, mahasiswa berusia 20 tahun yang memandu kereta Perodua Viva bersama seorang mahasiswi itu dikatakan gagal mengawal kenderaannya semasa mahu keluar dari kawasan kampus.

'Keretanya terbabas lalu melanggar pagar besi di situ lalu mengenai seorang polis bantuan,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke HKL selepas itu.

Selepas dua hari bertarung nyawa, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia hari ini.

Che Hussin berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mahasiswa terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kecuaian menyebabkan kematian.

3 comments:

Djembe Fola said...

Sedih aku dgr berita tu.. buat malu uniten sampai klua paper.. huhuhu.. kesian pak guard tu..

Zu--LfADh..^li--->>suCEsS said...

itulah..dh buat salah kelam kabut langgar tiang.

Anonymous said...

kan da wat dose da...haiya