Monday, August 3, 2009

seks...

OXFORD - Wanita yang mahu melahirkan anak dinasihatkan supaya memilih suami yang tidak memiliki daya tarikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis Universiti Oxford dan Universiti Kolej London, lelaki yang mempunyai daya tarikan menarik tidak mengeluarkan banyak sperma ketika melakukan hubungan seks.

Bilangan sperma yang sedikit akan mengurangkan peluang wanita untuk memperoleh anak.

Berdasarkan kajian itu, lelaki yang tidak kacak didapati mengeluarkan lebih banyak sperma.

Lelaki yang kacak mempunyai ramai kekasih dan dipercayai kurang berjaya untuk menjadi bapa kepada anak.

Penemuan itu disokong oleh kajian terhadap ayam dan ikan tetapi para penyelidik berpendapat hasil penyelidikan itu boleh digunakan untuk diaplikasikan dalam konteks manusia.

"Daya tarikan manusia merupakan sesuatu yang kompleks dan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk budaya," kata seorang penyelidik, Sam Tazzyman. - Agensi

3 comments:

fakhruddin said...

nasib baik aku tak kacak...

kesian im..... haha

lumut said...

hahahahaha..
aku rasa nak gelak guling2..
aku ingat lelaki kacak keluarkan sperma sikit ade sbb lain kot weh..

pape pon aku rasa lelaki tak kacak lagi bagos jadi lagi..
sebab tak curang..
dah x kacak...
kompem tak de sape nak..
aku sorang je nak

alahai lelaki...hmmm

azrizalhussin said...

hoho..
kompius2..haha